Belajar UNITY C# Dengan Membina Game Lumba Kereta

via Udemy

Go to Course: https://www.udemy.com/course/belajar-unity-c-dengan-membina-game-lumba-kereta/

Overview

Kursus "Belajar C# dengan Membina Game Lumba Kereta" adalah satu pengenalan yang menyeluruh kepada bahasa pengaturcaraan C# melalui proses pembangunan permainan lumba kereta yang menarik. Dalam kursus ini, anda akan dibimbing melalui langkah-langkah praktikal untuk memahami asas-asas C# dan bagaimana mengaplikasikannya dalam pembangunan permainan.Kursus ini bermula dengan pengenalan kepada bahasa C# dan persekitaran pembangunan permainan Unity. Anda akan mempelajari konsep-konsep asas seperti pembolehubah, jenis data, pembolehubah permainan, dan operasi logik yang diperlukan untuk memulakan projek permainan anda.Setelah memahami asas C#, anda akan meneruskan dengan membangunkan permainan lumba kereta yang menarik. Anda akan belajar bagaimana membuat pengendalian pergerakan, pengurusan pelanggaran, pengaturcaraan berorientasikan objek (OOP), serta fizik untuk permainan anda. Kursus ini juga memberikan tumpuan kepada aspek grafik dan kawalan permainan. Anda akan belajar bagaimana menambahkan elemen grafik seperti pelbagai jenis kenderaan, landskap, dan halangan ke dalam permainan anda. Selain itu, anda akan mempelajari cara membina UI User Interface untuk meningkatkan pengalaman bermain permainan anda.Anda juga akan di ajar bagaimana menerbitakan game anda dan membina Game Installer bagi memudahkan anda berkongsi game dengan rakan rakan atau memuatnaik ke platform game Apabila anda menyelesaikan kursus ini, anda akan memiliki pengetahuan yang kukuh tentang C# dan kemahiran praktikal dalam pembangunan permainan menggunakan Unity. Anda akan dapat membuat permainan lumba kereta yang lengkap dari awal hingga akhir, serta mempunyai asas yang kukuh untuk terus berkembang dalam bidang pembangunan permainan. Sertai kami hari ini dan mulakan perjalanan anda untuk menjadi seorang pembangun permainan yang berjaya!

Skills

Reviews